Penyelesaian Pertikaian Perbankan Islam di Indonesia dalam Perspektif Perlindungan Pengguna

SETYOWATI, RO'FAH (2012) Penyelesaian Pertikaian Perbankan Islam di Indonesia dalam Perspektif Perlindungan Pengguna. PhD thesis, Universitas Kebangsaan Malaysia.

[img]
Preview
PDF
622Kb
[img]
Preview
PDF
600Kb
[img]
Preview
PDF
494Kb
[img]
Preview
PDF
380Kb
[img]
Preview
PDF
726Kb
[img]
Preview
PDF
462Kb
[img]
Preview
PDF
631Kb
[img]
Preview
PDF
194Kb
[img]
Preview
PDF
149Kb
[img]
Preview
HTML
92Kb
[img]
Preview
PDF
79Kb
[img]
Preview
PDF
89Kb
[img]PDF
142Kb
[img]
Preview
PDF
97Kb

Abstract

Pertikaian merupakan salah satu risiko yang wujud dalam transaksi perniagaan, termasuklah dalam perbankan Islam. Dalam konteks penyelesaian pertikaian, pengguna perbankan Islam mempunyai keperluan yang berbeza dengan pengguna perbankan konvensional dalam aspek spiritualnya. Realitinya, kedudukan pengguna pada umumnya adalah lemah berbanding peniaga. Oleh itu, pengguna perbankan Islam perlu mendapatkan perlindungan yang sewajarnya. Permasalahan utama di Indonesia adalah dalam aspek perundangan yang berkenaan. Terdapat peruntukan perundangan yang tidak harmoni, tidak lengkap dan tidak berasaskan kepada hak pengguna yang sebenar. Selain itu, terdapat juga peruntukan yang menimbulkan permasalahan dualisme bidang kuasa mahkamah dalam penyelesaian pertikaian perbankan Islam. Hal ini menjurus ke arah ketidakpastian undang-undang. Wujudnya permasalahan dalam institusi dan mekanisme penyelesaian pertikaian perbankan Islam juga dapat membuahkan keputusan penghakiman yang mengelirukan. Permasalahan ini menjustifikasikan keperluan perlindungan pengguna dalam bidang ini. Bagi mengatasi pelbagai permasalahan tersebut, penyelidikan ini mengguna pakai kaedah doktrinal yang berasaskan analisis kandungan, dengan menerapkan empat jenis pendekatan undang-undang iaitu: (i) sejarah/historis; (ii) jurisprudens/falsafah; (iii) perbandingan; serta (iv) analitis dan kritis. Selain itu, pendekatan harmonisasi juga diperlukan bagi mendapatkan keselarian perundangan dengan falsafah Islam dan falsafah perlindungan pengguna. Tesis ini mendapati bahawa sistem penyelesaian pertikaian pengguna perbankan Islam di Indonesia tidak berasaskan pada keperluan dan hak-hak pengguna secara sebenar dan menyeluruh sehingga tidak menyokong perlindungan pengguna perbankan Islam. Dengan menjadikan Malaysia sebagai rujukan, tesis ini bertujuan mengenal pasti amalan penyelesaian pertikaian perbankan Islam yang berperspektifkan perlindungan pengguna perbankan Islam serta pemerkasaannya di Indonesia. Bagi memenuhi tujuan ini, perlu memperhatikan ‘hak spiritual’ pengguna dan konsep ‘perlindungan syariah’. Selain hal tersebut, penstrukturan semula ke atas sistem sedia ada di Indonesia adalah diperlukan dengan cara harmonisasi perundangan, penambahbaikan institusi dan mempelbagaikan mekanisme penyelesaian pertikaian perbankan Islam yang disesuaikan dengan perkembangan era global.

Item Type:Thesis (PhD)
Subjects:K Law > K Law (General)
Divisions:Faculty of Law > Department of Law
ID Code:37644
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:10 Dec 2012 11:15
Last Modified:10 Dec 2012 11:24

Repository Staff Only: item control page