PEMIKIRAN FUNDAMENTAL MELAYU DALAM SIMPULAN BAHASA “BESAR KEPALA”

Ismail , Nor Asiah and Sarudin, Anida (2016) PEMIKIRAN FUNDAMENTAL MELAYU DALAM SIMPULAN BAHASA “BESAR KEPALA”. In: International Seminar on Language Maintenance and Shift (LAMAS) 6 ISSN:2540-8755 , 9 - 10 August 2016, Gedung Pascasarjana Imam Barjo No. 3 - 5 Semarang.

[img]
Preview
PDF
6Mb

Official URL: http://lamas.undip.ac.id

Abstract

Masyarakat kini kurang menggunakan simpulan bahasa dalam komunikasi seharian. Simpulan bahasa dianggap melambatkan proses komunikasi dua hala kerana masyarakat berpegang pada prinsip “telus kata” tanpa kias yang tersirat. Keadaan ini menjadikan simpulan bahasa jarang kedengaran di bibir masyarakat terutamanya remaja. Simpulan bahasa hanya digunakan dalam acara tertentu oleh orang tertentu pada masa tertentu. Kebimbangan mula terasa kerana penggunaan simpulan bahasa yang kian dilupakan menyebabkannya terhakis dan luntur sedangkan kebijaksanaan orang Melayu yang mencipta simpulan bahasa sepatutnya dihargai. Rentetan masalah, maka kajian ini cuba mengupas pemikiran fundamental Melayu dalam simpulan bahasa “besar kepala”. Pemikiran fundamental Melayu menurut Za’ba (2002) terbentuk daripada pengalaman, akliah dan renungan serta intuisi atau rasa hati. Bagi membentuk simpulan bahasa “besar kepala”, masyarakat Melayu membayangkan kejadian yang pernah dilihat dan dialami dalam kehidupan seharian. Bayangan atau skema imej menurut Lakoff dan Johnson (2003) diperoleh berdasarkan pengalaman orientasi, ontologi dan struktural. Simpulan bahasa dicipta dengan cermat bagi menghasilkan leksis yang harmoni dan serasi. Keserasian konseptual di dalam ruang-ruang mental manusia menurut Fauconnier dan Turner (2002) dilihat sebagai satu penyatuan konsep dalam pembentukan simpulan bahasa yang dijelmakan melalui huraian dalam Teori Blending. Sebanyak 100 data simpulan bahasa “besar kepala” yang berlaku dalam pemikiran Melayu dianalisis mengikut pemahaman Teori Blending. Data ini diperoleh melalui korpus digital Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan menggunakan kaedah kualitatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa simpulan bahasa “besar kepala” terbentuk dalam pemikiran jenis orientasi disebabkan pengalaman manusia dengan ruang dan tempat. Pengalaman fizikal masyarakat Melayu dahulu menggunakan kebijaksanaan akal yang tinggi dibandingkan masyarakat kini yang kurang peka menghayati elemen sekitaran semasa berkias. Oleh itu, masyarakat kini harus diberi kesedaran untuk terus menghargai dan memelihara simpulan bahasa sebagai warisan yang penting.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Pemikiran fundamental, ruang mental, simpulan bahasa, Teori Blending
Subjects:P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions:School of Postgraduate (mixed) > Master Program in Linguistic
ID Code:55752
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:30 Aug 2017 14:57
Last Modified:13 Feb 2018 09:31

Repository Staff Only: item control page