Sarudin , Anida and Janan, Dahlia and Osman , Zulkifli and Noor , Ahmad Khair Mohd (2016) PENGUASAAN BIDANG BAHASA DALAM KALANGAN KANAK-KANAKPRASEKOLAH. In: International Seminar on Language Maintenance and Shift (LAMAS) 6 ISSN:2540-8755 , 9 - 10 August 2016, Gedung Pascasarjana Imam Barjo No. 3 - 5 Semarang.
| PDF 6Mb |
Official URL: http://lamas.undip.ac.id
Abstract
Pendidikan awal kanak-kanak sesi pengajaran dan pembelajaran yang penting bagiperkembangan intrinsik dan ekstrinsik kanak-kanak. Banyak kajian menunjukkan gurupendidikan awal kanak-kanak mempunyai pengetahuan yang terhad dalam aspek penilaianperkembangan kanak-kanak akibat pendekatan pra perkhidmatan yang berunsurkan teori danmengetepikan ataupun memandang ringan pengaplikasian teori dalam aspek pengajaran danpembelajaran. Bagi mencapai matlamat yang diinginkan, perbincangan tentangmempelbagaikan teori pembelajaran dan penguasaan kemahiran berbahasa perlu dijalankansupaya dapat digunakan dalam membentuk program pendidikan bahasa yang mantap, berkesandan bermanfaat untuk masa ini. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti sejauh manakahprinsip asas dalam amalan pengajaran bahasa dilaksanakan dan diselaraskan dalamkurikulum prasekolah dan mengenalpasti potensi penguasaan bahasa dalam kalangan kanakkanak prasekolah berdasarkan pendekatan kurikulum terancang. Sebanyak 75 orang kanakkanak yang berumur lingkungan 3 hingga 5 tahun dipilih secara rawak untuk ditemu bual untukmelihat tahap penguasaan mereka. Dapatan kajian mendapati bahawa penguasaan bahasakanak-kanak 5 tahun lebih tinggi daripada kanak-kanak umur 4 dan 3 tahun. Namun begitu,pengkaji mendapati hasil dapatan songsang berdasarkan tahap penguasaan bahasa kanakkanak mengikut bidang bahasa. Penguasaan bahasa kanak-kanak banyak dipengaruhi olehproses pedagogi guru yang kurang menyeimbangkan dan menyusun pengajaran bahasamengikut hierarki bidang bahasa yang betul.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | ekstrinsik, intrinsik, kurikulum, penguasaan bahasa, kanak-kanak |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Divisions: | School of Postgraduate (mixed) > Master Program in Linguistic |
ID Code: | 55632 |
Deposited By: | INVALID USER |
Deposited On: | 28 Aug 2017 14:06 |
Last Modified: | 12 Feb 2018 11:40 |
Repository Staff Only: item control page