1.KAJIAN BAHASA PERHUBUNGAN MASYARAKAT DI SEMPADAN MALAYSIATHAILAND:ANALISIS PILIHAN BAHASA. 2.SALAM DALAM BEBERAPA BAHASA DI DUNIA

Mis , Mohammed Azlan and Jaafar, Mohammad Fadzeli and Awal, Norsimah Mat and Lateh, Hayati (2012) 1.KAJIAN BAHASA PERHUBUNGAN MASYARAKAT DI SEMPADAN MALAYSIATHAILAND:ANALISIS PILIHAN BAHASA. 2.SALAM DALAM BEBERAPA BAHASA DI DUNIA. In: International Seminar Language Maintenance and Shift II. ISSN: 2088-6799, 5-6 Juli 2012, Hotel Pandanaran Semarang.

[img]
Preview
PDF
6Mb

Official URL: http://lamas.undip.ac.id

Abstract

Kajian pilihan bahasa yang merentas sempadan belum pernah dilakukan, misalnya sempadan antara Malaysia dan Thailand. Kajian yang merentasi sempadan sebenarnya lebih menarik untuk diteliti kerana melibatkan aspek politik, sosioekonomi dan sosiobudaya yang berbeza. Malaysia dan Thailand misalnya menggunakan bahasa kebangsaan dan rasmi yang berbeza. Dengan ini, penutur di kedua-dua sempadan tersebut mempunyai banyak pilihan bahasa untuk berhubung, misalnya, dialek Kelantan, dialek Pattani, bahasa Thailand, bahasa Melayu standard atau mungkin bahasa Inggeris. Kajian pilihan bahasa merupakan satu penelitian awal dan hanya memberi tumpuan kepada pilihan bahasa yang dipilih oleh masyarakat di sempadan Malaysia, iaitu di negeri Kelantan apabila berhubung atau berkomunikasi dengan masyarakat Thailand di sempadan tersebut. Kebiasaannya, pelbagai aktiviti dan urusan berlaku di sempadan dua negara ini seperti perniagaan, kekeluargaan dan pelancongan. Kajian ini dilihat sangat bertepatan untuk dilakukan di sempadan Malaysia-Thailand kerana dapat menentukan bahasa perhubungan utama antara dua negara yang bersempadanan. Kajian ini berlandaskan konsep domain, berlangsung di lapangan dengan mengedarkan borang soal selidik. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini telah memperlihatkan masyarakat di Malaysia berbeza pilihan bahasa mereka apabila mereka berkomunikasi dengan masyarakat Thailand, iaitu mereka yang berumur 20-40 tahun didapati memilih dialek Melayu Kelantan, bahasa Thai dan bahasa Cina dan mereka yang berumur 40 tahun ke atas hanya memilih dialek Melayu Kelantan sahaja. Setiap bahasa memiliki sistem salam yang cenderung berbeda antara bahasa yang satu dengan lainnya. Dalam artikel ini, dibahas sistem salam bahasa beberapa bahasa yang berada pada benua yang berbeda. Penelitian ini dilakukan dengan memperhatikan faktor geografi lingkungan masyarakat pendukung bahasa tersebut. Metode yang dilakukan dalam penelitian ini adalah gabungan dari beberapa metode penelitian bahasa dan kebudayaan yang lazim digunakan. Penggunaan salam dalam bahasa Indonesia, Korea, Magyar, Spanyol, Swedish, dan Swahili memiliki keterkaitan dengan keadaan alam daerah penuturnya. Sistem salam yang digunakan jika ditilik dari waktu pagi, siang, petang, dan malam dapat diklasifikasikan dalam dua golongan. Pertama, berdasarkan waktu tersebut dan kedua, tidak berdasarkan waktu. Kecenderungannya adalah masyarakat yang menetap di daerah yang mengalami empat musim menggunakan sistem salam tanpa berbasis pada waktu pagi, siang, petang, dan malam berdasarkan jam GMT. Kalaupun menggunakan sistem pagi, siang, petang, dan malam, didasarkan pada kapan matahari terbit, hari terang, atau gelap.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Sempadan, pilihan bahasa, domain, Malaysia-Thailand, Kelantan
Subjects:P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions:School of Postgraduate (mixed) > Master Program in Linguistic
ID Code:54217
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:15 Jun 2017 12:47
Last Modified:22 Feb 2018 16:12

Repository Staff Only: item control page