PENGEKALAN BAHASA DALAM KALANGAN PENUTUR DIALEK NEGERI SEMBILAN BERDASARKAN PENDEKATAN DIALEKTOLOGI SOSIAL BANDAR

Jaafar, Mohammad Fadzeli and Awal, Norsimah Mat and Aman, Idris and , (2011) PENGEKALAN BAHASA DALAM KALANGAN PENUTUR DIALEK NEGERI SEMBILAN BERDASARKAN PENDEKATAN DIALEKTOLOGI SOSIAL BANDAR. In: International Seminar Language Maintenance and Shift. ISSN: 2088-6799, 2 Juli 2011, Hotel Pandanaran Semarang.

[img]
Preview
PDF - Published Version
1119Kb

Official URL: http://lamas.undip.ac.id

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti proses pengekalan bahasa (language maintenance) dalam kalangan penutur dialek Negeri Sembilan. Dari aspek sejarah, sebahagian besar penduduk Negeri Sembilan merupakan keturunan Melayu yang berhijrah dari Minangkabau, Sumatera, pada abad kelapan belas. Dengan ini, dapat dikatakan bahawa dialek yang terdapat di Negeri Sembilan berasal dari Minangkabau. Bagaimanapun, kajian yang telah dilakukan oleh Asmah Haji Omar (1988) menunjukkan bahawa dialek yang dituturkan di Negeri Sembilan kini adalah berbeza dengan dialek Minang di Sumatera, khususnya dari segi fonetik dan morfologi. Hal ini terjadi kerana dalam jangka masa hampir 200 tahun, dialek Negeri Sembilan telah mengalami perkembangan yang tersendiri, ditambah pula dengan lingkungan alam yang berbeza dari yang dituturkan di Sumatera. Persoalan kini ialah perubahan sosial yang sedang pesat berlaku di Negeri Sembilan telah mewajarkan pentingnya mengkaji penggunaan dialek Negeri Sembilan, khususnya yang melibatkan generasi yang berbeza. Satu perkara yang perlu diberi perhatian kini ialah sejauhmanakah kontak bahasa, pengekalan dan peralihan bahasa berlaku dalam kalangan penutur dialek di Negeri Sembilan disebabkan oleh perubahan sosial tersebut. Atas alasan inilah, kajian ini ingin membandingkan pengggunaan dialek Negeri Sembilan berdasarkan beberapa angkubah social, misalnya penutur di bandar – luar bandar, penutur tua – muda, penutur lelaki – perempuan, daalam pelbagai status ekonomi. Kerangka kajian ini berdasarkan dialektologi sosial bandar (sociological urban dialectology) yang dicadangkan oleh Chambers & Trudgill (1980). Secara khusus, kajian ini akan tertumpu di daerah Rembau, yang menurut sejarahnya, merupakan antara tempat mendarat terawal orang-orang Minangkabau dari Sumatera. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual yang dirakam dan soal selidik. Kaedah temu bual melibatkan sejumlah penutur generasi tua di Rembau untuk mendapatkan senarai perkataan asli dialek Negeri Sembilan. Senarai perkataannya ini kemudiannya telah disaring/ditapis berdasarkan kelas kata yang tertentu, misalnya kata kerja, kata nama, kata adjektif dan kata adverba. Langkah selanjutnya, ialah membentuk soal selidik yang bersifat pelbagai pilihan (multiple choice), yang akan diuji terhadap 200 responden yang melibatkan 4 kelompok usia di bandar dan luar bandar di Negeri Sembilan. Kelompok tersebut terdiri dari golongan yang berumur 15-25 tahun, 26-40 tahun, 41-55 tahun dan 56 tahun ke atas. Kajian ini percaya, perubahan sosial sedikit sebanyak telah mempengaruhi kebolehan penutur dialek dalam kalangan generasi muda, yang mungkin tidak lagi menggunakan dialek Negeri Sembilan atau wujudnya penutur separa (semi-speakers) – yang hanya menguasai sebahagian dialek Negeri Sembilan. Hasilnya nanti akan memperlihatkan kemampuan pelajar (generasi muda) memahami kata-kata asli dialek Negeri Sembilan, yang akan dihubungkan dengan konsep pengekalan bahasa

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:pengekalan bahasa, peralihan bahasa, perubahan sosial, dialektologi sosial bandar
Subjects:P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions:School of Postgraduate (mixed) > Master Program in Linguistic
ID Code:53923
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:02 Jun 2017 09:29
Last Modified:26 Feb 2018 11:40

Repository Staff Only: item control page